Thursday 29 May 2014

WEDDING OF THE YEAR 2012

This is my housemate wedding in a last year already ,haha
baru nak update ! lol hahahaha

actually , aku time ni jadi pengapit ..wuu , memang awesome gile lah ! jadi tumpuan kan ,sapa taknak? mueheheehe ...diaorang pulak pakai baju pengantin colour purple aku ,memang aku jadi teruja ..macam aku pulak nak naik pelamin ..haha *mengalahkan pengantin dah*

em ni part 1 : hehehehe
abaikan aku yang rendah tu ..hehehe,lupa nak pakai high wedges 5inches actually..tak sempat pengantin nak
jalan masuk rumah dah.. 

time ni aku teruja gila ,banyak camera tak tahu nak pandang mana satu ..hahaha lol
haa ..yang ni caption aku paling suka , sebab aku yang malu bukan pengantin ..muehehe
okay!funny ! lol


So bak kata orang , kan ambik la kesempatan ambil seri pengantin..hehe..part 2 , aku la pulak ambil gambar
dengan hantarannya ..hehe  

emm ..part 2 :
nak jugak , merasa kejapp lalalala


memang tak sabar nak tengok part 3 kan ,masa tu time ourdoor ... huhu , aku tunggu sangat .. aku pulak yang over nak ikut pengantin , kami ambil gambar outdoor di pantai,but cuaca nya dengan tempat tu cantek sangat masa tu , sempat la aku dengan bergambar jugak ,,haihh .sama geli kan ,nak jugak ! cantek sangat pun tempat dia .. 

taraaaa ... part 3 now! this picture was very awesome! 

love this pitca ..angin pantai tak boleh blah , sure cantekk gila tempat ni
syok picnic nih ... hehehe
im not ready yet actually ! snapp! hmmm ... 
haa..tengok inai tu , eh eh cincin pun da ada ... dah berpunya rupanya ..hahaha
ini housemate aku ,dengan anak buah housemate aku yang kahwin ... huhu
lastly ... nak balik dah ..this is my last picture in here . i will miss this moment! cantekk kan caption ni
ada kapal nelayan gtuh ... ouhh ..awesome!





for the last time , ini lah pengantin nya time makan je sempat ambil gambar .,hehehe,
kan sweet candy gtuh ..huhu ..aku doakan semoga diaorang bahagia 
hingga ke anak cucu cicit ..hehehe 
nnti aku menyusul pula ...muehehehe *






Wednesday 28 May 2014

Kebahagiaan dan $$$$$$$$$

Sanggup tak kalau kita korbankan kebahagiaan kita hanya untuk wang ? Ternyata memang plastik la kan,hidup kita",hakikatnya  dengan wang memang mampu menjamin masa depan di dunia,tapi belum tentu dapat menjamin kehidupan kedua kita yang lebih kekal abadi kan.Dan adapun yang hidup senang lenang ,kaya raya,ada harta berjuta2 tapi tetap merasa tidak cukup.kenapa ? sebab kenyataannya dia memang tak punya apa2,ternyata hanya kosong kehidupan dia..hidup dia hanya plastik,yang dia nampak hanya wang semata-mata wang adalah segalanya.Sehingga dia lupa tanggungjawap dia sebagai hamba Allah dan kebesaran-Nya. Sebab yang mengisi khidupan dia adalah kesenangan bukan kebahagiaan.Wallahualam.Dan alhmdulillah ada juga orang  yang sanggup korbankan semua kesenangan dia hanya untuk mendapatkan kebahagiaan .haa , itulah yang sebaiknya.Dengan mencari kebahagiaan hidup trnyata lebih tenteram,hidup nya."Kan Allah lebih suka akan kesederhanaan",dan bagi aku sempurnanya hidup seseorang tu bukanlah bergantung kepada banyaknya harta nya,,dan bukan pula terletak pada cara hidup dia,juga bukan terltak pada pakaian dia,tapi semua terletak pada kesederhanaan dalam hidup dia.Memang kenyataannya kita,boleh cakap "hidup dia tak sempurna,miskin,susah tapi dia bahagia".kenapa?Kerana ketidaksempurnaan itulah kebahagiaan bagi mereka,barangkali kesenangan tu boleh jadi mereka lupa pada pencipta-Nya,dia lupa wujudnya alam kedua yang kekal,dia lupa wujudnya neraka jahannam dan syurga firdausi.nauzubillah hi minazalik.."Sesungguhnya Aku adalah diantara kalangan orang2 yang zalim", Ayat Nabi Yusuf a.s ketika ddalam perut ikan nun. kerana ketidaksempurnaan  tu lah mereka belajar untuk memberi,sebenarnya dialah yang mulia di pandangan Allah,bukankah hidup kita ni sebagai hamba Allah?Bukankah hidup kita ni,mnjadi titik tolak kehidupan yang ternyata lebih bahagia disana kan.Tidak pula bagi orang yang mempunyai serba kesenangan,itulah ujian Allah kepada hambanya.ada yang diuji ,dengan kekayaan yang melimpah dan ada pula yang diuji dengan kemiskinan,Allah ada cara yang tersendiri untuk memberi ujian kepada hambanya,Dan percayalah Allah tak kan memberi ujian kpd hambanya di luar kemampuan mereka...

Dan bagi aku wang bukanlah segala-galanya,hakikatnya dengan wang memang kita dapat beli rumah besar,kereta besar tapi belum tentu dapat bagi kebahagiaan.kebahagiaan tu terlalu mahal bagi aku,tak semua berjaya meraihnya.kebahagiaan itulah matlamat dalam hidup aku,so if ada orang nak cakap dengan duit dia bahagia ,memang aku bangkang sebab aku tahu wang bukan lah segala-galanya,dia mungkin boleh beli banyak benda atas dunia ni,tapi belum tentu dapat beri kesenangan di akhirat nanti.Hakikatnya,berusaha lah mencari kebahagiaan yang abadi .

Tuesday 27 May 2014

Mencari pengalaman berharga ..

Haa... entry kali ni , nak cerita pulak pasal budak kecik ni ...nama dia Rafif firas anak housemate aku,.dah memang kerja partime aku melayan keletah budak kecik ni,almaklumlah melayan anak orang dulu,lepas ni mengasuh anak sendiri pulak,dia ni dah setahun enam bulan da, tapi masih belum boleh berjalan lagi .haihh ... musykil aku.,arwah mak aku cakap memang kalau budak dia nak pandai bercakap memang lambat siket berjalan nya ,sabar aje lah mak dia ...tapi takpe dia punya mulut ..tak payah nak cerita la,bising mengalahkan aku menjerit ternampak lipas*krik krik krikk..hahaha

friendly sangat orangnya budak ni,senyum aje kat orang tau...tak tengok lagi ..time dia senyum...*melting*....jeng jeng jeng....

oloololoooo comelnya sayang manja musukk masamm cikwa ni suka ....


tengah sibuk main dengan ulat bulu dia lah ni,comel sngat...keletah sangat budaknya,

tengok dia teringin jugak kadang2 berangan "bila la nak ada yang sendiri", huaheheh positif thinking okay !lol




"Ulat bulu panjat seluar siapa dulu dia keluar" suka sangat dia dengar aku nyanyi ikhlas kat dia..*nasib baik aku kecik dia cakap,dah lah tak sedap suara Cikwa dia nih* ...hahaha kan dah kena ! 
sekarang cari lah banyak2 pgalaman mengasuh anak orang ,lepas ni ada anak sendiri senang,bak kata housemate aku yang sorang lagi",huh,bisa ayat tuh.. ya, memang pun sekarang masa bujang ni la kita kena cari banyak2 pgalaman tau,setiap pgalaman ternyata sangat  berharga . RmK+++ pun belum tentu mampu bagi nilai sama dengan pengalaman tau... wuuuu...dah macam ahli falsafah pulak aku nih*apa salahnya kan kadang2 berangan benda baik ,lama2 jadi kenyataan kan..muehehe...
            

#Till one day,aku berjaya menjadi ibu dan isteri yang solehah kepada anak2 masa hadapan kelak itulah impian aku dari hari ni hingga saat itu nanti....Insyaallah,ameen


Aku dan Kehidupan

Alhamdulillah sedar tak sedar,sudah hampir setahun abad aku hidup menyewa sendiri dan berdikari,aku bersyukur sangat sebab aku masih mampu diberi peluang untuk hidup lebih berdikari,aku duduk rumah sewa since year 2012 after raya.Sebelum ni aku berulang je dari rumah abang aku,jauh jugak la memandangkan tempat kerja aku memerlukan aku datang seawal 7 pagi,memang aku kena tunggu awal la almaklumla tunggu bas,takut tau gelap tapi aku wat dono je,buat2 berani la katakan.hihiks..Until la, aku kenal ngan kawan kakak aku ,then dia tengah cari housemate masa tu,memandangkan bilik dah penuh kat rumah sewa tu aku."So,kalau aku tak kisah shared bilik dengan dengan dia",katanya.
And starting that day,bermula hidup aku sebagai penyewa,dan memasuki alam yang lebih berdikari,fizikal mental kena kuat wooo...duduk dengan diaorang tak kekok jugak lah sebab aku kan jenis yang ramah,so no wonder la our relationship seems like sibling..even kami datang dari keluarga yang berbeza,dan berasal dari negeri lain,kami tetap sejiwa..hehehe....

if kami ada masa hanging together,dah macam kakak aku dah ni.looks matured kan aku masa ni,almaklumlah memndangkan kedua mereka sudah pun bergelar isteri actually but jauh dari suami je ..aku je entah bila lagi ,muehehe



Okay,aku dan kehidupan memang ada suka,ada duka dan ada sedih,ada seronok banyak benda aku belajar tahu,dan yang paling seronok ialah aku dah pandai memasak..hihikss,berkat usaha aku nak sangat belajar masak akhirnya trcapai..dulu sebelum aku keluar dari rumah parents aku,mana pandai masak even siang ikan pun tak reti..haih cam tak percaya je,but tu lah hakikatnya..hahaha 
Kehidupan ni cukup mematangkan hidup aku sebagai seorang wanita yang bakal bergelar seorang wanita bergelar ibu satu hari nanti,so this is way how to be superb mama,housewife one day nnti..I must blajar masak,air tangan tu yang penting..hehehe
Dan yang paling penting,belajar berdikari dalam segala hal,termasuklah bayar bil api air,dan juga keperluan lain..semua kena belajar tahu,tu yang aku cakap kena sedia fizikal mental,huhu..alhamdulillah dah pandai da sekarang..aceceyhhh.....berlagak pulak da, boleh dah ni masuk meminang ni..hahaha lol.
Selama aku duduk menyewa rumah ni,i do it by my own self,every month I've spent money to pay house rent,food expenses,kena pandai balance la belanja tu..tak boleh boros sangat..sometimes,memang la kita perlu hargai diri kita kan, bersosial,outing,shopping but ingatlah masa susah jugak.. saving tu penting,if ada kecemasan nanti senang,kot2 lah dibuang kerja ke?upsssss.....lol*agreeeeeee.................

Biasanya hujung minggu je lah nak nampak aku makan kat luar,sebab sorang kan apa lah sangat..berbanding dengan hari biasa housemate aku ada,kami kan memasak sama2..jarang makan kat luar,kan jimat tu.  
dapat lah aku saving kan for my future , huhu.almaklumlah gaji aku pun bukan berstatus rmK+..so kenala cam tu..hehehe

but yang aku jadikan amalan sampai sekarang jimat cermat,sebab kalau bukan aku yang sedarkan diri aku mmbazir siapa lagi nak tolong sedarkan? mesti bil air la pulak tolong sedarkan,haha dengan menunjukkan jumlah yang banyak kan,mau tak runsing kan api air jadi banyak tetibe,memang poning..sapa jugak yang susah kalau bil api air melambung kan,even la kami menyewa sama2 ,sharing ,tapi tak ke membazir tu..."Sesungguhnya membazir tu kan amalan syaitan",hihiks,kenyataannya okay!Pandai anak mak! :D lol

Bukan senang tahu, nak duduk sendiri ni tapi kena kuat semangat je..Dan bagi aku pengalaman hidup sendiri sangat berharga ,sebab kat sini la aku belajar banyak benda dengan masalah kecil dalam kehidupan,kat sini aku belajar erti sabar dan berusaha mencari jalan keluar setiap masalah yang datang dalam hidup aku supaya dapat menjalani hidup yang positif setiap hari.Dan yang paling penting aku belajar hidup diatas kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain,

..............................................................................

Hmm...nak cakap pasal social life..tu semua sebenarnya atas diri kita,tau if kita pilih the right way,insyaallah kita mesti mampu kawal kehidupan sosial tu macam keluar malam balik pagi,"macam tak balik rumah ke,bukan lupa jalan balik rumah lah ..ahaksss haa...tu yang salah tu,kita dan diri kita yang menentukan siapa kita di masa depan kita tau.So bagi aku selagi kita berdiri di jalan yang Allah redhai,insyaallah Allah akan selalu jaga kita.Itukan janji Allah.


Monday 26 May 2014



#teruskanlah memberi manfaat kepada orang lain kerana sebaik baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain 

Friday 23 May 2014

Alasan untuk bahagia

Seperti mentari kan hilang 
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
terus pergi membawa cinta
Jauh dariku..jauh darimu..

Dan tidak bisa aku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya 
Sisa-sisa kisah yang terindah 
Dari hitam tiba 
Membawa derita

Sejujurnya masih ada 
Rasa cinta yang tak akan putus 
alasanmu untukkku bahagia 
Seharusnya kau sadari 
separuh jiwaku akan mati ..
yang tinggal hanya alasan untuk bahagia ...



Thursday 22 May 2014

Setiap hari saya berfikir,bahagia tak awak dengan saya ?Gembira tak awak berada dengan saya?
atau awak cuma terpaksa melayan kerenah saya ?atau hanya untuk menjaga hati saya ?
hipokritnya awak ! kejamnya awak .Saya takut awak memaksa hati awak untuk suka kan saya.
AWAK....
hadirnya awak dalam hidup saya menjadi pengubat  saya terluka,menjadi penasihat ketika saya alpa,
mengajar saya mencintai tanpa kata,bahagianya saya....sehingga satu tahun enam bulan kita mengharungi
hari2 bersama,suka duka,ketawa bersama...berkongsi rasa bersama
Indahnya rasa ini.........
marah,ego,manja saya buang jauh...saya taknak awak berasa bosan berada dengan saya.Awak cakap awak nak tengok saya berdikari... :)
Awak selalu buat saya ketawa even benda tu memang menyakitkan hati saya ...
saya buat muka "duckface",awak cakap awak akan lagi suka sakat saya ,saya tahu tu memang dah cara awak bergurau...saya sabar :)
soal hati dan perasaan bukanlah  satu permainan...
ianya terlalu tulus untuk dikhianati..
cukup indah seandainya  dihargai...
Setiap hari jugak,saya cuba buang perasaan cemburu ,dan campak jauh2...
taknak awak rasa bosan dikongkong...
saya biarkan awak bebas tanpa komitmen dalam perhubungan kita bukan sebab saya tak lagi sayang tapi
sebab saya tahu saya kena sedia bila2 masa je awak  boleh berubah ..sama ada lebih kepada kebaikan
hubungan kita atau sebaliknya .. manusia awak boleh berubah sekelip mata je,
Dan sekarang,saya sedar sampai bila saya harus berlagak terlalu sempurna dimata awak  sedangkan saya
tahu saya tidak akan pernah dapat menjadi terlalu sempurna ...
Saya cuma manusia biasa yang mampu berdoa semoga ketidaksempurnaan saya ni,akan menjadi pelengkap hidup awak satu hari nanti....asyaff*


Tuesday 13 May 2014

Menjadi cinta yang pertama kepada seseorang adalah sesuatu yang  hebat tetapi menjadi cinta yang terakhir buat hidup seseorang adalah jauh lebih sempurna ^_^

saat indah andai cinta diiringi dengan kesetiaan ....



REDHA IBUBAPA ADALAH REDHA ALLAH S.W.T KEPADA HAMBANYA




#Sekadar renungan untuk kamu yang bergelar anak dan masih mempunyai kedua mereka 
hargai lah anugerah terindah yang Allah beri pada kamu 
Takkan ada galang gantinya kedua orang tuamu wahai anak.....
Redha Allah sentiasa akan berada bersama kamu,selagi kamu mendapat redha orang tuamu....