Monday 11 August 2014

Mencari erti sebuah perkahwinan

Dalam mencari erti sebuah perkahwinan..aku teringat kisah yang pernah diceritakan oleh kenalanku,bahawa cinta takkan mendatangkan kebahagiaan pada zaman serba moden ini...Apakah salah perkahwinan itu dalam dasar cinta ..bagi aku , perkahwinan adalah perkongsian antara dua hati yang saling memerlukan antara satu sama lain.Boleh diibaratkan rumah yang perlu ada tiangnya untuk menyokong satu sama lain.Namun dalam pandangan islam pula perkahwinan adalah fitrah semulajadi yang Allah telah anugerahkan dalam diri setiap lelaki dan wanita..Kecenderungan hidup berpasangan ini telah terbukti dalam al-Quran dan juga terbukti dalam kisah sejarah Adam dan Hawa...Subhanallah,itulah kebesaran Allah .. Firman Allah berbunyi:


Ketika Nabi Adam a.s tinggal di syurga ,baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan,dan Allah Maha Mengetahui isi hati Adam dan menjadikan Hawa sebagai penghibur dan peneman Adam sebagaimana dalam firman Allah di atas.