Sunday 23 March 2014

Bismillahhirahmanirrahim  :)


Subhanallah , semua orang nak jadi baik kan , tak kire lah dia hardcore macam mana sekalipun mesti dia ada perasaan macam tu .. itulah hati , sebab tu lah kita dituntut untuk menjaga hati .Insyaallah dengan bersihnya hati dapatlah kita kawal mata,telinga dengan manfaat nya kita bersyukur .. Alhamdulillah, betapa besarnya pengaruh hati pada kita sebagai hamba Allah .Dengan terdidik nya hati , insyaallah setiap yang buruk akan terlihat lagi dijauhi ..Subhanallah ,



Semua orang nak bahagia kan , tapi macamana ya ? Itu persoalannya, yang pertama perlu kita faham apa maksudnya bahagia itu ? Adakah kita faham maksud yang sebenar-benarnya ? Mencari erti kehidupan dalam konsep bahagia .. bahagia ? Semua orang boleh cakap ,ya saya bahagia tapi hakikatnya tak tahu apa itu bahagia kan . Bahagia ni terlalu subjektif sebenarnya sebab ia tak mampu dilihat melalui mata tapi ianya dapat dirasa dengan hati , yang betul -betul faham erti bahagia ni sangat beruntung , sebab ini bererti dia sudah menyempurnakan setiap ruang dalam hidupnya diisi dengan penuh kebahagiaan yang tak mampu orang lain dapat. .Kita tak mampu nak menulis kebahagiaan untuk orang lain tapi cukuplah kita berusaha mencari bahagia sendiri.. bahagia tu akan datang dengan sendiri ,tepat dan indah pada masanya kelak.Bersabarlah wahai hati hamba Allah. Cuba setkan dalam minda kita seharian"Aku nak bahagia,aku kena cari jalan nak dapatkan bahagia tu",tak kire la susah macam mana sekalipun .Sebab kita tahu kan kita boleh berusaha tapi yang menentukan nya Allah s.w.t. "Hasbunallah wal nikmal wakeel",jangan lah bersedih wahai hati Allah kan ada .Kita hidup ni atas dunia ni ,memang banyak dugaan sebab sudah semestinya kita ni hamba Allah s.w.t dah menjadi tugas kita untuk diuji-NYA .Bila kita redha dengan setiap dugaan apa yang kita lakukan ..Insyaallah , Allah akan selalu bersama dengan kita .Firman Allah s.w.t ada menyebut : "Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang sabar" ( al imran :ayat 146 )

Sebab apa susah sangat nak bahagia ..? Sebab kita terlalu sibuk mengejar kesempurnaan ,tak kira lah samaada mencari pasangan,hartabenda,itulah dinamakan mencintai dunia semata-mata.Dalam mencari erti bahagia,kita seharusnya belajar zuhud kepada dunia,mengingat yang mati itu pasti dan kita sebagai hamba menuruti perintah-NYA  sebenarnya..yang orang yang hidup serba sederhana lebih bahagia ..sebab apa tau , sebab dengan apa yang dia ada dia belajar mensyukuri nya setiap rezeki kerana dia tahu mesti ada sebab Allah letak dia disitu , dengan bersyukur dia belajar erti redha .. dengan redha , dia mampu menulis bahagia ... adapun yang tidur di atas tilam yang empuk,makanan yang enak tapi hati dia tak bahagia ? tak tenang ?? tak tenteram ? kenapa ? adapun yang tidur di atas tikar buruk, dengan makanan yang serba sederhana mampu berkata , "ya , saya bahagia". kenapa ?? kerana dalam hati orang ni , dia tahu dengan hati yang redha dan tawaduk ,dia mampu menulis bahagia tu ... Alhamdulillah

eh3..macam tak sempurna kan hidup dia , susah ,serba            sederhana tapi dia masih boleh mengatakan dia bahagia ke? Subhanallah, ..sebenarnya dia lah orang yang paling beruntung nak dibandingkan dengan orang yang serba mewah ..Masih tidak mampulah orang kaya itu melukis kebahagiaan mereka sendiri sebenarnya..Itulah konsep yang sebenar mencari bahagia ........ Orang yang miskin ,serba kekurangan tapi dia bersyukur Allah tanamkan dalam hati dia bahagia yang berpanjangan .

 Dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu'anhu beliau berkata: Kami mendengar Rasulullah shallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya ,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya .Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia) "Maka,barangsiapa yang menjadikan yang menjadikan dunia tujuan utamanya ,maka Allah akan meletakkan kefakiran antara kedua matanya .Allah akan mencerai beraikan urusannya ,dan dunia pula tidak akan datang kepadanya melainkan apa yang ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina ) "
           
       ( Riwayat al-Tirmizi )
     
dan tidaklah pula menyimpan dendam ,iri hati ,buruk sangka dalam diri sebab ia membawa pengaruh yang besar pada hati ..sebab bila hati dah kotor , susah kita nak dapat kebahagiaan tu sebaliknya jernihkan hati ,bersihkan jiwa insyaallah sangat mudah bahagia itu datang .Maka berusaha kita menjadikan ...